Wednesday, 11 December 2013

Hikmah

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, ehem, first post as zaujah to Encik 'Imran..

Allahu Akbar. Allah pemilik takdir. Maha Berkuasa. Subhaanallah!



Di tengah malam yang hening ni, saya berteleku sendirian. Memikirkan satu-persatu hikmah yang saya dapat atas segala yang pernah terjadi dalam hidup. Subhanallah, segala-galanya.. seperti puzzle.. cantum satu demi satu, menjadi satu bingkai yang sangat sempurna.

Pertemuan saya dan suami, sudah ditetapkan Allah. Kehidupan saya sekarang, sudah lama berada dalam pengetahuan yang Maha Mengetahui. Kerdilnya diri saya.. T.T

Kadang-kadang, saya selalu rasa sedih.. nak balik kepada kehidupan dulu. Seronok. Tapi bila saya fikir balik, Allah yang Maha Baik telah menyediakan yang terbaik untuk saya.


Bismillahirahmanirrahim.,
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Dengan hati yang ringan, sy, seorang insan yang punyai banyak kekurangan, ingin menyatakan hasrat sy untuk membina keluarga bersama2 sebagai isteri yang sah, insyaAllah bersama2 melalui susah senang kehidupan dunia mencari keredhaanNya untuk mencapai kebahagiaan haqiqi di syurgaNya kelak,.
InsyaAllah kalau siti setuju untuk menerima sy, sy berhasrat untuk bertunang dlm akhir thn ni, n bercadang untuk menikahi dan melangsungkan majlis perkahwinan di awal bulan Syawal thn 2013, dan akan membawa siti untuk tinggal bersama dengan sy di bumi uk ni, insyaAllah sampai 2016 sementara sy masih study, mungkin akan balik sekali sekala ke m'sia, dan sy sngt galakkan kalau siti nk sambung belajar di uk, bnyak pengalaman baru yg boleh dilalui dan pelajari, insyaAllah sy akan bantu siti takat mana sy mampu, tp.. kalau boleh sy nk siti sambung di kawasan berdekatan dengan sy spya senang nk jumpa,.
Hidup di uk ni x dak la seglamer yang disangka, cuaca yang tidak menentu, kadang sngt sejuk, kadang hujan basah dan sejuk, kadang panas terik, kos hidup yang tinggi, harga rumah yang mahal, hidup berpindah2 dr masa kesemasa, masa berubah2, kadang mlm sngt panjang, kdg mlm sngt pendek, kadang2 diskriminasi dari org2 local, walaupn hidup slama ni x mewah tp alhamdulillah sy bersyukur sbb Allah beri peluang untuk lalui susah senang pahit manis hidup di bumi asing ini, bnyak mengajar ttg manusia, kehidupan, kesusahan, kepayahan dan ketidak pastian menjadikan kebergantungan pada Ilahi lebih kuat,. mendekatkan diri kepada kenyataan hidup dan kepada Dia yang memiliki diri ini.,
minta maaf panjang lebar plak cerita nya, insyaAllah ada kesempatan sy cerita dengan detail lg,
jadi,. Siti bincang la elok2 dengan ibu bapa dan keluarga siti, ambil la masa selama mana yang siti perlukan, teruskan buat solat istikharah, dan tawakalah kepada Allah, insyaAllah sy terima apa pun keputusan siti dan keluarga,

siapa sangka, pinangan mengejut dari seorang lelaki yang belum pernah saya jumpa, belum pernah saya dengar suaranya, belum terlintas di bayangan mata, telah merubah hidup saya 100%.

saat saya memutuskan untuk menerima lelaki ini, seolah-olah beribu ketenangan datang dalam jiwa. macam air hujan menyiram bumi.. hati saya rasa tenang, yakin..

tapi..

ujian yang datang juga bertimpa-timpa. saya meninggalkan seorang lelaki yang baik dan hebat, tapi belum sedia lagi untuk mengambil saya sebagai isteri, dan memilih suami saya.. yang lebih baik dan hebat..

ujian yang saya maksudkan datang ketika saya memilih untuk meninggalkan lelaki itu. sahabat saya sendiri tidak menyokong saya, dan ada beberapa saudara terdekat yang turut berpendirian sama.

"kenapa tinggalkan dia? tak takut ke nak kahwin dengan orang yang tak kenal?"

"awak, lelaki yang awak tinggalkan tu sangat baik.. mana tahu nanti suami awak tak dapat jadi sebaik dia?"

dan ajaibnya hati.. apabila diberi keyakinan seperti ini oleh Allah, segala mehnah dan ujian, hanya seperti angin lalu sahaja. saya memilih lelaki ini kerana Allah, saya meninggalkan lelaki itu juga kerana Allah.

Suami saya, menawarkan satu hubungan yang halal buat saya, meminta izin wali saya, menjaga batas hubungan kami..

Lelaki itu, menawarkan cinta kepada saya.. takut untuk memberi komitmen, takut untuk menghantar keluarganya ke rumah.. sedangkan itu yang saya minta berkali-kali..

Saya memilih dia yang mengutamakan Tuhannya dalam memikat saya. Suami saya :)

Perkenalan kami sungguh unik sebenarnya. Hanya selepas 5 hari berbalas mesej di facebook, terus terpacul umi dan abah beliau di rumah. Hampir pengsan saya dengan tindakan berani mati beliau, amat yakin saya ni orang yang baik-baik. Buatnya saya ni minah rempit rambut pink pakai seluar koyak-koyak. Tak ke naya? Heh.

Satu keputusan yang sukar?

Memilih beliau, terus-terang saya katakan, bukanlah satu keputusan yang sukar. Dia memiliki semua ciri-ciri idaman saya. Beragama, genius, berpelajaran, kacak, keluarga baik-baik, dan yang paling penting, cara dia menawarkan cintanya. Tiada cinta yang ditawarkan. Tiada janji manis yang ditabur. Dia merebut hati saya melalui cara dia menghantar umi dan abahnya ke rumah untuk berkenalan terus dengan saya. Masya Allah, saya ingatkan lelaki seperti ini hanya wujud dalam novel Fatimah Syarha. ^^,

Sekarang..

Alhamdulillah, saya bahagia. Bersyukur. Bila scroll balik conversation kami di facebook, baru saya teringat, rupanya dari perkenalan kami, saya tahu tentang biasiswa mara untuk sambung master. Heh. Sebelum ni saya hanya menanti biasiswa jpa sahaja, yang seperti pungguk rindukan bulan.. tidakkan mampu untuk dicapai..

See, the wisdom behind it?

Allah buka peluang untuk saya belajar oversea melalui perkenalan kami. Dan sebenarnya, peluang untuk rakan-rakan saya juga. Kerana peluang biasiswa mara ni tak ramai yang tahu. Saya menyebarkannya kepada rakan-rakan sekuliyyah saya, dan ada beberapa orang yang berjaya mendapatkannya. Alhamdulillah.

Allah, Engkau Pemilik Takdir. Engkau Penguasa Qada' dan Qadar. Selama-lamanya, perancangan Engkaulah yang terbaik.

Suamiku..

Siti sayang abang.. Sayang kerana Allah..


Friday, 26 July 2013

Anugerah

"Sis nama apa?"

Bahu saya disentuh lembut, terserlah senyuman mekar berseri pada wajah bersih di hadapan saya.

Oh, partner game belalang belatuk saya tadi rupanya. Saya membalas senyuman beliau. Ketika itu saya sedang duduk di tepi pentas melepaskan penat bermain game tadi. Tak penat sangat pun, penat gelak adalah kot.

"Nama saya fiza"

Tangan dihulurkan. Mata kami bertaut.

"Nama saya nunununuhuuul"

"Nuhul?" Saya bertanya.

"Saya minta maaf, saya tak dapat bercakap dengan betul" Ujarnya tenang.

Saya kurang faham akan maksud beliau.

"Fiza buat course apa dan dari mamamannnnna?"

Allahu Akbar. Baru saya faham.

"Master of Laws, dari UIA. Nuhul pula?"

"Alamak akak la ni ya. Ehe. Nurul dari IIC, course computer science."

Oh, nama dia nurul rupanya. Malu.

"Nanti akak sambung kat mana?" Mesra dia bertanya, dalam lenggok bahasa dia sendiri.

"Mungkin Brunel University, insya Allah. Nurul kat mana, sayang?"

"Nurul mungkin di Newcaseelssttttlee"

"Oh, Newcastle.." Saya mengangguk faham. Kasihan melihat beliau sukar melafazkan satu-satu perkataan, Haih, mata saya sudah merah.

Err. Haru la Siti Nurhafiza ni. Jangan nangis depan dia dah la.

Saya menarik nafas lega apabila melihat Lisa dan Lela sudah melambai-lambai di tepi dewan.

"Nurul, kawan akak dah panggil. Keep in touch ya."

Saya memeluk beliau. Terasa begitu dekatnya beliau di hati. Perasaan sayang menerpa sanubari dalam masa hanya beberapa minit.

Keesokan harinya kami bertemu lagi. Saya mengajak beliau supper bersama saya dan teman-teman yang lain. Nasib baik ada teman-teman saya yang rancak bercerita, boleh saya sembunyikan air mata yang mula menitis.

Sungguh, melihat dia saya rasa diri saya amat kerdil.

Banyaknya nikmat Allah yang selama ini saya pandang sepi. Nikmat bercakap dengan sempurna. Saya sangkakan, ia bukanlah apa-apa sangat kerana semua orang boleh bertutur.

Tetapi, melihat adik Nurul yang susah payah menyebut satu persatu perkataan, saya terasa amat malu.

Malu dengan kurangnya alhamdulillah yang meniti di bibir. Malu dengan mereka yang kadangkala menyalahgunakan nikmat pertuturan sempurna ini. Mencela, memfitnah, mengumpat. Allahu Akbar, betapa banyaknya dosa besar yang boleh ditempah hanya dengan pertuturan yang sempurna.


Jumpa kat syurga ya adik Nurul Hanan sayang yang genius.

Thursday, 25 July 2013

Cinta High Class

"Saya mahu berhubung pada hal-hal yang penting sahaja. Masalahnya, tunang saya tidak faham." Adu rakan saya.

"Bantulah dia untuk faham. Beritahu dia apa yang awak faham tentang batasan dalam pertunangan." Kata saya.

"Susahlah". Katanya.

"Kalau susah berbincang sekarang, lepas kahwin nanti jauh lebih susah." Saya mengingatkan.

"Kalau dia mahu putus?" dia menyatakan risiko.

"Kenapa pula dia mahu putus? Hanya kerana awak tidak memberi layanan istimewa dengan ungkapan rindu sayang?" tanya saya.

"Mungkin" jawabnya.

"Dia telah serlahkan warna dirinya. Dia sepatutnya tahu dia hanya berhak kenal awak sebagai tunang. Bukan sebagai isteri." kata saya.

"Apa bezanya? dia bertanya.

"Kenal sebagai tunang paling utama tentang agama dan akhlak. Kayu ukurnya pada prinsip dan ketegasan. Seterusnya, latar belakang, visi dan misi dan masalah-masalah yang mungkin timbul untuk menuju pernikahan." Jawab saya.

Dia menyambung, "Hmm.. kenal sebagai isteri barulah saya tunjukkan segala keromantisan, sikap memahami, menyayangi dan mengambil berat."

Saya bersyukur dia mudah faham.

"Jika dia bosan dengan ketegasan dan prinsip saya?" dia bertanya.

"Jangan sedih. Mungkin dia tidak layak untuk awak. Lelaki yang mengenal mana permata dan mana kaca lebih layak untuk menyunting awak" kata saya.

"Hmm, jika begitu, kenapa saya perlu takut memperkenalkan diri dengan sebuah prinsip dan ketegasan? Allah lebih utama darinya" jawabnya.

"Sebelum berfikir untuk putus, berilah dia peluang sekali lagi. Manalah tahu dia faham," cadang saya.

"Bahkan, dia yang selalu ugut mahu putus selama ini. Saya tidak perlu takut lagi" ujarnya dengan nada yakin.


-A snippet from Cinta High Class by Ustazah Fatimah Syarha.



Ya Allah,
 kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, 
Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. 
Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, 
Ya Allah, 
sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, 
apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. 
Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, 
Ya Allah, 
jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah,
 jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, 
Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, 
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)



Syukur dikurniakan insan yang sama-sama mengejar cinta Ilahi
Andai ada kekurangan, ini adalah kelemahan diri saya sendiri.
Terima saya seadanya, kerana saya bukan bidadari
 Hanya seorang gadis biasa yang masih lagi mencari diri 

Tuesday, 23 July 2013

Ramadhan

Saya hairan dengan orang yang berpuasa tapi tak solat

Saya hairan dengan orang yang berpuasa tapi rambutnya biru. bagaimana bisa ghusulnya menjadi sah?

Saya hairan dengan orang yang culas bersolat fardhu tapi terawihnya full

Saya hairan dengan mereka yang bersahur tapi terus ke bilik tidur sebelum azan berkumandang

Sungguh, saya hairan.

Ramadhan ini seolah-olah menjadi satu bulan adat.

Berpuasa itu menjadi adat, bukan ibadat.

Adat yang kalau tak dibuat, maka akan janggallah ia di mata semua yang melihat.

Hurm..

Sebenarnya puasa ni..

lebih dari itu.

Make it count

Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” 

Hadith riwayat At Thabrani.

Sunday, 30 June 2013

Cinta Semalam

Bukan mudah menepis perasaan
Tatkala hati memang sudah ditawan
Tapi akal fikiran dan iman melawan
Sanggup kelihatan begini di mata Tuhan?

Kasih yang dibina bertahun lama
Akhirnya hancur bersama masa
Kerana hati mula mencerna
Tidak mahu Tuhan memandang hina

Tunduk bersujud meminta jawapan
Kekuatan hati amat diharapkan
Ternyata Allah tidak menghampakan
Akhirnya  mampu berdiri melawan harapan

Tidak mudah menepis pandangan
Tatkala dia masih menaruh impian
Tetapi hati tetap berpendirian
Kerana hanya Tuhan menjadi kesayangan

Selagi masih nyawa di badan
Selagi itu cinta tetap pada Tuhan
Kerana Dia satu-satunya harapan
Untuk bahagia di penghujung jalan


----------------------------------------------------------------------------------------------

eh, siti nurhafiza sejak bila berpuisi?

*krik.. krik..*


Bukan mudah untuk berubah
Dari jalanan ke sujud menghadap Tuhan

Everybody has a past
Everybody lives a present
Everybody deserves a future

That was I and this is me.

I trust in Allah. Because He, would give me anything. And you, can promise me nothing.

Monday, 20 May 2013

Bi'ah Solehah

Semalam, selepas berhaflah wida' (picnic) bersama bidadari-bidadari syurga, saya berkesempatan sekali lagi mengunjungi adik-adik di Darul Quran.

Kali ini, saya turut mengajak sahabat saya. Pada mulanya, beliau keberatan kerana kami harus menyiapkan assignment yang perlu dihantar keesokan hari.

Tapi lama-lama, cair juga akhirnya. Penat sungguh nak buat muka comel ala-ala gwiyomi untuk pujuk sahabat saya sorang ni.

Err.

Sesampai sahaja di sana, kami terus ke masjid untuk menunaikan solat zohor. Tanpa disedari, sebaik sahaja melangkah ke dalam masjid, terpacul satu perkataan dari bibir sahabat saya.

"Subhanallah!"

Saya tersenyum mengerti.

"Maha Suci Allah. " Saya menyambung sambil menghulurkan telekung buat beliau yang masih memandang ke sekeliling masjid.

"Ya Allah fiza.. Ya Allah.."

Saya mengerti akan apa yang beliau maksudkan.

Siapa sahaja akan terpana dengan suasana masjid Darul Quran. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 2 petang. Pukul 2 petang, hari minggu. Apa lagi yang perlu dibuat oleh pelajar pada masa ini selain berada di bilik masing-masing.

Tetapi tidak di Darul Quran.

Inilah masjid yang paling 'bising' yang pernah saya pergi!

Di sana sini, penuh dengan banin dan banat yang duduk berteleku menghadap Quran masing-masing. Pelbagai gaya. Ada yang menghafal sambil memandang dinding kosong, ada yang memejamkan mata sambil mulut terkumat-kamit, ada yang menghafal secara berkumpulan di dalam bulatan.

Speechless!

Seolah-olah mereka sedang berperang dengan satu tournament hafazan yang besar. Allahu Akbar. Saya menjadi saksi, betapa besarnya mereka menjunjung kemuliaan kalamMu Ya Allah.

Usai bersolat, kami berkumpul di sebuah kelas untuk memulakan sesi usrah. Kelas ini disediakan khas untuk pelajar menghafal Al Quran. Hanya seperti bilik yang kecil yang tidak mempunyai white board dan terdapat beberapa meja kecil untuk meletakkan Al Quran. Tetapi apa yang unik, kelas ini mempunyai lampu yang sangat banyak. Terdapat 5 buah lampu semuanya yang memang direka khas untuk memudahkan hafalan pelajar.

Tilawah surah Al-Haqqah bermula. Sebaik sahaja salah seorang mutarabbi dari Darul Quran ini mengalunkan bacaannya, sahabat saya terus memandang saya sambil berbisik.

"Fizaaaa.. tak nak baca! Malu dengan depa."


Usrah. Darul Quran. 19 May 2013.

Ikatan ini tidak akan terlerai kerana ini bukanlah pertemuan kita yang terakhir. Insya Allah, kita akan bersatu lagi di syurga. Sematkan hafalan di hati adik-adik. Zahirkan melalui akhlak dan tutur kata. Semoga kitalah penghulu bidadari yang dicemburui oleh seluruh bidadari syurga.

Amin.

Friday, 10 May 2013

A Traveller

4.30 pagi.

Saya terjaga dari tidur dengan alunan merdu suara seorang Qari mengalunkan zikir, dan juga bunyi cicipan burung yang berterbangan di dalam masjid.

Indah.

Saya melihat sekeliling. Ada akhawat yang masih lena, ada yang mula bangkit, malah ada yang sudah mula bersolat sunat. Semuanya sama, bertudung litup. Tidur sambil bertudung, bukanlah satu benda yang biasa dilihat. Hanya di masjid UIA. Kami harus menutup aurat walaupun ketika tidur kerana masjid ini dilengkapi dengan kamera CCTV di segenap ruang.

Tidur bersama di masjid, tinggalkan segala keselesaan tilam empuk di mahallah, dan menggigil kesejukan menahan angin pagi di masjid yang tidak berdinding di bahagian atas. Tetapi ternyata semuanya kuat, seolah-olah tiada apa yang menjadi penghalang. Suasana begini amat saya cintai. Suasana Islam, semua orang berlumba mengejar benda yang sama. Matlamat yang sama, pintu Jannah yang paling tinggi.

Selesai qiamullail, Dato' Hamidon memberikan tazkirah subuh. Subhanallah, saya amat mengagumi beliau. Beliau adalah Director Student Exchange UIA. Selalu travel ke luar negara, banyak pengalaman, dan tinggi ilmunya. Tetapi, beliau adalah orang kaya yang bertaqwa. Kadang-kadang Dato' Hamidon menjadi khatib bagi solat jumaat. Subhanallah. Semoga lebih ramai Muslim seperti beliau.

Sepanjang di masjid, saya kerap termenung sambil berfikir. Hati saya begitu tersentuh dengan satu kata-kata.


                          "Be in this life as if you are a traveler"

Saya memerhatikan sekeliling. Seluruh perhiasan, harta, duit, sahabat saya di kiri kanan ini, semuanya akan saya tinggalkan. 


Saya akan bergerak sendiri, berseorangan. Tanpa ditemani apa-apa dan siapa-siapa pun. Saya tahu capability saya yang agak penakut ini, mampukah saya menghadapi hari-hari mendatang bersendirian?

Apatah lagi hari-hari yang bakal saya lalui nanti, saya belum tahu lagi di mana penghujungnya.

Cukupkah bekalan saya?

T.T

Sister Yasmin Mogahed yang amat saya sayangi pernah berkata, hidup di dunia ini sama seperti kita pergi bercuti. Apabila kita bercuti, kita tahu yang kita tidak akan tinggal lama di tempat percutian itu. Hotel yang kita diami, mungkin tidak memenuhi kehendak kita. Adakalanya bantalnya tidak begitu lembut, cadar berwarna kusam, tandas tidak begitu selesa.

Tetapi kita terpaksa bear. Kita tidak akan pergi ke shopping mall dan beli bantal dan cadar yang baru. Kita tidak akan renovate tandas itu supaya menjadi lebih selesa. Kan? 

Kerana kita tahu, hanya beberapa hari sahaja kita tinggal di situ. Kita tahu yang satu hari, kita akan tinggalkan jua hotel tersebut.

Jadi, kita hanya bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada.

Begitulah dunia, segala apa yang terjadi dalam hidup kita, ingatlah bahawa ianya hanya bersifat sementara. Kesedihan, kegembiraan, kehilangan, kekayaan, semuanya akan hilang. Seperti malam yang menghilang apabila tibanya matahari.

Begitu jua hati, hati yang akan hilang rasa cinta terhadap sesuatu apabila tiba waktunya. Kerana kita memang diciptakan sebegini, bersifat sementara.

Kerana itu, Nabi Muhammad s.a.w kerap membaca doa untuk menetapkan hati, di dalam surah Al-'Imran

Ya muqollibal qulub, thabbit qalbi 'ala dinik
"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agamaMu"


Happily ever after, literally, in Jannah. Insya Allah.




Sunday, 14 April 2013

Kita Memilih Kerana Apa Sebenarnya?

Dalam menentukan satu pilihan, kita diberikan akal untuk berfikir, teman untuk bertanya, dan paling penting,

kita mempunyai Allah yang maha mengetahui untuk memberikan petunjuk.

Saya pernah menasihati seorang teman yang dilamun cinta.

"Awak dah istikharah untuk bernikah dengan dia?"

Teman saya menggeleng.

"Saya rasa tak perlu kot. Saya dah couple dengan dia sejak matrik. Saya sayang dia sangat sangat. Dah 6 tahun, takkan lah nak istikharah lagi kot?"

Saya hanya berdiam diri. Sedih sebenarnya. Sedih apabila keputusan Allah ditolak tepi. Saya menyambung.

"Awak berkahwin semata-mata sebab cinta?"

"Ya. Saya yakin dengan dia. Saya tahu perangai dia, baik buruk dia. Saya tahu saya boleh bear dengan segala kekurangan dia"

Saya menarik nafas perlahan. Berat sungguh rasa hati. Saya tahu saya tidak boleh memaksa dia untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Saya mengakhiri perbualan kami dengan satu prinsip yang agak tegas tapi saya suarakan dengan lembut agar dia tidak terkecil hati.

"Tujuan kita berkahwin hanyalah kerana Allah. Bagaimana awak boleh mencapai tujuan tu kalau awak tak consult Allah dulu sebelum memilih?"

Mentaliti masyarakat sekarang yang kenal dulu sebelum memilih sudah diserap penuh sehingga menjadi darah daging. Sehingga benda yang salah dipandang benar. Sehingga tujuan utama kita memilih sudah disalahertikan.

Kita memilih kerana apa sebenarnya?

Senang sahaja jawapannya, kerana Allah. Ringan di bibir, tapi berat untuk dilaksanakan. Sukar untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik kita setelah Allah mengatakan bahawa dia bukan milik kita.

Kan?

Semasa berusia belasan tahun dahulu, saya pernah bercita-cita untuk memiliki sehelai seluar jeans. Cantik sangat bila tengok kawan-kawan pakai. Kadang-kadang rasa rimas dengan peraturan ketat abah yang tidak membenarkan kami berseluar jeans, berbaju lengan pendek, bertudung singkat. Bagi saya, abah saya terlalu strict, tak memahami saya.

Abah saya pernah mengeluarkan warning yang agak keras, jika ada di antara kami yang berseluar jeans, abah akan bakar seluar tu. Bukan itu sahaja, kami juga dilarang berseluar pendek di dalam rumah. Seluar hendaklah melepasi paras lutut walaupun di kalangan mahram sendiri.(oh, masa tu kurang arif lagi tentang aurat di kalangan mahram)

Saya merungut, saya rasa ingin memberontak. Tapi saya tetap patuh. Patuh dalam terpaksa sebenarnya. Ketakutan terhadap abah saya yang garang melebihi segala kehendak saya.

10 tahun berlalu, saya kini sedar apa sebenarnya yang abah saya cuba lakukan. Abah ingin mendidik kami agar menjaga aurat. Sejak kecil kami dilatih, sehingga kami terbiasa menjaga aurat. Sehingga kami sendiri yang akan lari lintang-pukang menyarung sweater dan tudung jika ada tetamu atau ipar duai bertandang ke rumah. Automatik. Dengan sendirinya, tanpa perlu abah suruh.

Abah yang baik hati melakukan semuanya kerana abah adalah seorang abah. Yang bertanggungjawab ke atas maruah dan dosa kami. Abah mengetahui, kerana itu abah mendidik.

Sepertimana Allah, Allah sangat mengetahui. Maha mengetahui. Yang dah berlaku, yang bakal berlaku, yang tersembunyi di hati, yang zahir di mata, yang ghaib, yang hilang, yang bakal ada. Semuanya di dalam pengetahuan Allah s.w.t

Kita akan memberontak, kita akan merungut apabila disuruh beristikharah. Semuanya kerana, kita takut andai jawapan yang bakal kita temui adalah satu jawapan yang lari dari kehendak kita.

Kita sebenarnya lupa bahawa yang memberi jawapan itu adalah yang Maha Mengetahui.

Umpama abah saya, dia memberi peraturan sebegitu kerana dia tahu apa yang bakal terjadi sekiranya beliau tidak tegas dalam mendidik.

Apabila kita dipaksa melakukan benda yang kita tidak sukai, adakah kita akan gembira? Tapi, adakah kegembiraan itu segalanya?

Andai seorang pencuri gembira dengan pekerjaannya, adakah kegembiraan itu akan memberi manfaat untuknya? Seorang pelacur gembira dengan zina yang dilakukan saban hari, adakah itu baik untuknya?

Sama sekali tidak.

Sejujurnya, saya juga pernah berada di dalam situasi yang serupa. Takut untuk beristikharah. Takut untuk mengetahui kebenaran hakikat. Takut seandainya apa yang saya sukai ini sebenarnya tidak baik untuk saya. Tapi saya cuba, saya cuba bersihkan fikiran saya dengan bertanya,

Apa sebenarnya tujuan saya hidup di muka bumi ini?

Saya temui jawapan di dalam surah Al-Zariyat ayat 56.

Sinis sekali ayatnya, tapi tepat menusuk hati. Allah berfirman,

"Aku tidak menciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribadat kepadaKu"

Saya sedar tanggungjawab saya, tapi amat payah untuk saya laksanakan. Bagaimana saya ingin mencapai tahap beribadat dalam semua bentuk urusan harian saya? Sudah tentu dengan meletakkan niat melakukannya kerana Allah. Jawapannya amat senang bukan?

Tapi bagaimana kita dapat meletakkan niat kerana Allah seandainya dalam urusan sebesar-besar pernikahan ini kita ketepikan Allah? Kita takut untuk bertanya Allah?

Akhirnya saya memilih untuk melakukan solat sunat istikharah. Sebelum itu saya harus memanfaatkan akal fikiran saya yang dianugerahkan Allah. Kedua, saya melalui fasa bermusyawarah dengan sahabat-sahabat saya yang solehah, ustazah serta ahli keluarga saya. Akhirnya saya merebahkan lutut saya memohon keyakinan dan petunjuk dari Allah pemilik alam ini.

Sedikit demi sedikit jawapan yang Allah swt hadirkan, saya cantumkan ia seperti puzzle. Sehingga saya temui jawapan di dalam gambaran puzzle yang tercantum rapi. Saya akhirnya yakin dan tidak lagi berbelah bagi.

Saya akur dengan keputusan yang Allah swt ilhamkan. Saya terima, saya redha. Hari demi hari, satu persatu hikmah di sebalik pilihan saya ini terungkai. Hati saya makin tenang. Segala urusan saya menjadi mudah.

Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan saya. Saya tahu saya belum mengenali bakal suami saya sepenuhnya. Tapi saya bersedia untuk menerima apa jua kekurangan beliau, kerana saya memilihnya, bukan kerana apa yang saya mahukan darinya.

Saya memilihnya kerana apa yang saya mahukan dari Allah.

--------------------------------------------------------------------

Semalam, teman saya yang pernah saya nasihati tentang istikharah datang bertemu saya dengan juraian air mata.

"Awak., saya tak dapat teruskan dengan pernikahan kami"

"Awak? Takkan awak nak putus tunang!?"

Sungguh saya begitu terkejut. Sahabat saya ini baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya dan bakal melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini.

"Saya terpaksa. Dia mengaku depan saya yang hati dia dah tawar, dan dia sekarang bercinta dengan officemate dia"

Teman saya memegang erat dinding di sebelah. Mukanya lesu tidak bermaya. Saya pantas memeluk beliau, saya pinjamkan kekuatan yang saya ada.

Beratnya ujian dia. Air mata saya turut menitis perlahan. Tidak berani untuk saya luahkan apa-apa, cukuplah kisahnya ini menjadi pengajaran buat saya dan semua, bahawa apa jua yang kita bakal lakukan, janganlah terlalu yakin yang perkara itu bakal terjadi.

Letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah supaya kita beriman sepenuhnya kepada apa jua ketetapan yang datang. Supaya kita sedar akan segala rancangan kita yang tidak terlaksana, adalah kerana Allah tahu bukan itu yang terbaik untuk kita.

Ya Allah,

Berikanlah aku kemampuan untuk memahami kehendak-kehendakMu di sebalik semua ujian yang Engkau berikan kepadaku yang membawa aku semakin dekat kepadaMu.

Agar kelak aku berkata,

"Terima kasih Allah, Engkau mengujiku sehingga aku tahu apa yang aku fikirkan baik bagiku sebenarnya buruk dan tidak baik".




Saturday, 6 April 2013

Baitul Muslim? Jadilah Individu Muslim Dahulu!


Pantas sungguh masa berlalu. Sekarang, cukup setahun saya meninggalkan Kota Suci Mekah. Rindu sangat. Allahu. Tak terkata.

Dalam masa setahun ni, banyak sangat perkara yang terjadi. Banyak sangat. Dan, perkara-perkara ni telah mengubah hidup saya 360 darjah.

Doa kat Mekah tu mujarab kan? Saya akui. Sebab memang dah terjadi kat diri sendiri. Betapa besarnya kuasa Allah. Betapa mendengarnya Allah. Betapa baiknya Allah.

Impian saya sejak dari dulu, ingin berkahwin awal. Tak tahu kenapa. Tapi saya memang nak. Saya rasa saya dah cukup ready. Yakin sangat kan. Tapi, umi dan abah sangat berat untuk izinkan.

Jadi, semasa di Mekah dan Madinah, di semua tempat mujarab yang ada, saya tak lepaskan peluang untuk berdoa kepada Allah agar Allah lembutkan hati umi dan abah untuk mengizinkan saya berkahwin awal dengan seorang ikhwah yang telah melamar saya, dan supaya Allah tunjukkan siapa jodoh saya pada tahun 2012 tu juga. Walaupun saya sudah yakin akan dialah orangnya, tapi kadang-kadang hati saya tetap ragu. 

Bila teringat balik apa yang terjadi dalam masa setahun kepulangan saya dari bumi barakah itu, hati saya sebak. Apa amalan yang saya buat sehingga Allah bagi macam-macam nikmat kat saya macam ni. Saya rasa malu sangat dengan Allah.

Sekarang, doa saya untuk berkahwin awal telah dimakbulkan.

Bukan itu sahaja.. 


Saya tidak berkahwin dengan ikhwah tersebut. Tetapi dengan a totally different person. Yang belum pernah saya jumpa. Literally belum pernah.

Umi dan abah adalah orang yang paling excited dengan pernikahan ini. Mereka berkorban wang, tenaga dan masa. Mereka penguat semangat. Mereka yakinkan saya dengan pilihan ini di saat saya rasa ragu-ragu. Hati mereka memang betul-betul lembut dan terbuka untuk mengizinkan saya berkahwin. Malah, segala urusan pernikahan nanti, semuanya mereka yang uruskan.

Allah yang maha baik bukan hanya memakbulkan doa saya untuk berkahwin pada usia yang muda, tapi, Allah lengkapkan saya dengan persiapan yang kukuh untuk menjadi seorang isteri. Hati saya terbuka untuk menerima tarbiyyah.

Sebelum berangkat ke Mekah dulu, saya hanya seorang gadis biasa yang hanya mendefinisikan Islam dengan solat dan puasa. Bagi saya, cukuplah jaga solat 5 waktu dan puasa sebulan setahun. Cukup islam dah tu.

Tapi sekarang saya sedar, apa yang saya lakukan selama berpuluh-puluh tahun ini, tidak cukup untuk melayakkan saya sebagai individu muslim yang sebenar-benarnya.

Saya join tarbiyyah. Saya kenal erti ukhuwwah dengan sahabat-sahabat sefikrah yang akhlaknya persis bidadari, saya kenal apa itu daurah, mukhayyam, mabit, usrah, hirasah. Saya rasa bahagia. Bahagia sangat-sangat.

Allah yang maha baik bukan hanya memperkenalkan saya dengan tarbiyyah. Tapi Allah telah memilih saya untuk mengajak orang lain bersama-sama untuk masuk ke dalam tarbiyyah yang mulia ini. Ya. Saya yang jahil pada dahulunya, telah dilantik menjadi naqibah. Memikul beban dakwah yang kelihatan sangat berat tapi sangat hebat ganjarannya.

Doa saya Allah telah perkenankan. Bukan hanya perkenankan, tetapi membimbing saya untuk menyediakan diri ke arah matlamat apa yang saya mahu. Saya melatih diri menjadi individu muslim, sebelum saya bersedia melangkah ke arah gerbang baitul muslim.

Sejujurnya, terima kasih Allah. Terima kasih dari lubuk hati saya yang paling dalam.

Bila saya fikir balik bagaimana diri saya setahun yang lalu dan diri saya yang sekarang, air mata saya akan menitis melimpahkan rasa syukur. Betapa hebatnya kuasa Allah. Betapa hebatnya kuasa Pemegang hati.

Saya bersyukur kerana permohonan saya untuk berkahwin awal ditolak oleh umi dan abah pada mulanya. Saya bersyukur dengan segala ujian yang telah saya lalui. Saya bersyukur atas segala jatuh bangun yang buat saya rebah dan berdarah, tapi membawa saya ke arah tarbiyyah. Saya bersyukur dengan rancangan Allah yang Maha Cantik, yang kadang-kadang sukar untuk saya cerna dengan logik.

A story of a bride-to-be and her mother


A VERY DEEP POEM FOR ME :)

Look, the carriage has come
Let me weep till my heart is done
If I cannot weep as much as I would like
Just allow my heart to become light

I suppose I will have to leave
Leave the ties of love that seem impossible to retrieve
What shall my abode be?
When I have to leave the affection and love showered on me

Leave the doting, attention and affection
Leave my parents, sisters, brothers and their attraction
I am breaking away and leaving them all
I am taking leave from them all

I was the little chirping bird of the garden
Oh has it really passed by, I beg your pardon
I was a little doll to play with as I went
Oh how blissful was the adolescence I spent

Every one of my friends I could meet
With a heart wide open, clean, with nothing discreet
Though I shall be leaving you all
Never shall I forget you at all

In my heart here shall always dwell
Until Qiyaamah something to tell
Never shall I forget you, O mother
For the fondness you showed me with no bother

Nor the generosity and compassion
With which you raised me in your unique fashion

You let me play gleefully on swings
This I shall never forget, the treatment given to kings

Never shall I forget
All that you did for me without regret
What now is this final deed
Merely for show, that the world may heed?

To see what you have done for me
Out of your home you have cast me
A disgrace of fate
What banishment of late!

Your generosity for me seems a thing of the past
Out of your home have I been cast.


So, here's how the mother reply


Listen well, O my broken-hearted one
All that has happened is your turn has come
This period dawns on every child
This bridge has to be crossed by everyone meek and mild

This time of separation does arrive
For all people in the world alive
Such is the custom of the world in which we have mirth
Such are the practices of our earth

The one whom you call mother with such love
Was also someone’s daughter, their turtledove
She was also the beloved child of her mother
Showered with the affection of her sister and brother

Those who have raised you, with whom you have grown
Never shall you be separated from them to be on your own
Theirs you shall always be and they yours
Then what for do you grieve, always open are their doors

On a throne they always gave you a seat
Showed you happiness most complete
Despite hardship, they gave you comfort and ease
They never held anything against you, so should you, please

Never speak against them an ill word
Not even ‘Oof!’ or something unheard
The reputation of your family you now hold in your hand
Honour it, do not rub it in the sand

You are the product of my efforts and toil
You are the fruit of my love, from my very soil
You will find everything with us here
So leave with happiness, have no fear

There shall be difficulty and strain
There shall be effort and pain
There will be heartache, but every tunnel ends with light
You will also have love, happiness and delight

By no behaviour, by no manner, not at all
Should you ever allow this to topple and fall
Those who have nurtured and raised you so
Still love you and are letting you go

This enjoyment, this pleasure
This blissful life, this leisure
This carefree life without sorrow
Are all fleeting by, not there tomorrow

May Allaah grant you happiness where you are headed
Even more than you had here where your roots are embedded
May Allaah grant you everything you want and need
Love, contentment, happiness and all on which your heart can feed

Not by error or by something you earn
For the home of your parents should your heart never yearn
From every mother comes this advice so sincere
Never forget it, never disregard it my treasured dear

Always serve your husband well
Fulfil his wishes before he can tell
You will flower and bear fruit too
If you remember what I have just said to you

What my mother used to say was true
Her advice was good I always knew
In certain ways the husband is unto his wife
Like her Rabb, the Giver of her life

He will always keep her happy and content
If she devotedly remains his, doing nothing without his consent
Her world will be like Jannah so near
Her Aakhirah will be Jannah without fear
True were the words of my mother dear.


-From A Gift To Muslim Bride's book. This book is so wonderful. Love it so much. Pdf version pun sanggup baca tu. :)

Tuesday, 2 April 2013

Amanah

"Assalamualaikum. Saya Siti Nurhafiza. Alhamdulillah telah diberi amanah oleh Allah sebagai naqibah untuk bulatan gembira kita semester ni. Nak jumpa petang esok boleh? Kelas habis pukul berapa ya?"

Button "send" ditekan, serentak mesej ini dihantar kepada 6 nama yang cukup asing bagi saya.

Belum pernah bersua, tapi hati begitu rindu. Tak sabar rasanya ingin menyentuh hati-hati insan yang hanya saya kenali melalui senarai nama dari Team Pengkaderan Pembina.

Saya tersenyum sendiri. Aneh kan perasaan ni. Bila berukhuwwah kerana Allah, semuanya terasa indah.

"Akak, tolong baca doa rabithah"

Suara Khadijah memecah suasana.

Tersentak. Eh, lupa. masih lagi dalam meeting. Saya meletakkan semula handphone ke dalam bag, menanti balasan dari mereka yang bakal saya tarbiyyahkan dengan izin dari Allah.

Dalam perjalanan pulang, sahabat baik saya bersuara

"Ana takut tak dapat cope,  fiza. Sem ni final sem kita"

Kawan baik saya ini juga seorang naqibah. Kami masing-masing baru sahaja diamanahkan dengan mutarabbi  baru.

"Siapa yang pilih untuk pikul amanah ni?" Saya mengutarakan soalan yang saya sudah tahu jawapannya.

"Err.. Allah?"

"Ha.. tahu pun. So, bila Allah pilih, maknanya Allah tahu kudrat kita. Takkanlah Dia nak pilih orang yang tak layak?"

Shahadatul Haq ni bukan calang-calang orang boleh sampaikan. Semuanya orang yang dipilih khusus oleh Allah. Kenapa nak risau dengan semester akhir?

Ingat tak janji Allah, kalau kita tolong agama Allah, Allah pun akan tolong kita?"

Lega hati saya melihat senyuman mula terukir di wajah sahabat saya.

"Satu lagi,.." Saya menyambung.

"Apa?"

"Enti kan ada ana?"

Senyuman di wajahnya makin bersinar. Saya memegang erat tangan sahabat saya, meminjamkan kekuatan yang ada.

Bersahabat kerana Allah. Berpisah kerana Allah.

Subhanallah.

Tuesday, 26 March 2013

Marriage

Marriage is about risk.

but isn't it worth it to be with the one that you love?

how can kita boleh sure kita boleh hidup hanya dengan cinta?

lecturer saya yang juga seorang peguam syarie bagitahu, average couple hanya boleh hidup dengan cinta selama 5 tahun.

5 tahun tu sangat awal dalam usia perkahwinan. sangat-sangat baru.

happily ever after? with your humanly love?

*cough cough*

i'm not saying that marriage is not good

it's a sunnah in fact.

but it's not good if you define marriage with your worthless love before marriage thingy.

it's not good sisters.

so how to define a good marriage?

for me, a marriage itself is a way for you to strengthen your relationship with Allah

so, put your utmost love to ALLAH, and to Rasulullah s.a.w

only then will be the place of your husband, your other half in this world.

Jadikan perkahwinan sebagai satu cara untuk makin rapat dan bahagia dengan Allah. Bukan menjadikan perkahwinan itu sebagai satu cara untuk kita bahagia semata-mata.

Sebab bila kita mendefinisikan bahagia dengan perkahwinan ini, tak mustahil kita akan kecewa.

Kecewa.

99% kecewa dengan perkahwinan yang bersandarkan cinta dan harapan.

So, how can we be content with the marriage?

Through coming closer to Him and turning back to Him, you will begin to find true happiness and contentment, insya Allah. Marriage should be viewed as a means to draw you closer to Allah s.w.t. a means of attaining His pleasure and earning His Paradise! - Ubah Mahmoud

Saturday, 2 March 2013

Exam


Tempat favorite kat library

Solitude

Cold

Tenang



Kimbab


Bahan-bahan:





Telur dadar

Timun jepun (sebab lebih panjang and manis)

Hotdog 

Nasi secukupnya

Seaweed

Mayonnaise Jepun





Cara-cara:

1. Potong telur + timun + hotdog dengan cara memanjang

2. Bentangkan seaweed di atas bamboo mat (mat ni memang ada free kalau beli seaweed banyak-banyak)

3.  Spread nasi dengan ketebalan sederhana. Spread cantik-cantik supaya tak terkeluar isi nanti

4. Letakkan telur + timun + hotdog yang dipotong panjang-panjang tadi di atas nasi.

5. Liputi bahan-bahan dengan mayonnaise

6. Gulung seaweed tu dengan cermat dan berhati-hati

7. Potong kimbab bulat-bulat.







Dah siap :) Alhamdulillah.



Another Future Dead Body

Maisarah : Orang nak baucer smart phone yang dia punya boleh?

Saya: Kenapa? Tak dapat ke baucer ni?

Maisarah: Tak dapat. Kan untuk 21 tahun ke atas je.

Saya: How can you be so sure that I'll not use it?

Maisarah: Mestilah tak nak guna. A'a kan mati dulu.

Saya: Err??

Maisarah: Yelah. Nama blog pun "another future dead body"


Tersedak biskut marie. 

Another future dead body tu adalah title kepada blog saya yang lama. Dah di privatekan atas sebab-sebab tertentu. 

Everybody have a past right?

That's my past.

And now I want to open up a new chapter in my life. Satu babak baru yang akan membawa saya ke perjalanan pulang kepada Tuhan.

Welcome Aboard.  

Not a mere dead body, but a happily ever after dead body. A smiling dead body. A blessed dead body. A dead body that have been awaited by all the angels and the heaven.

A dead body that will go straight to Jannah.


Ameen.


Monday, 25 February 2013

Farhan

Saya mempunyai seorang adik lelaki yang amat saya sayangi, Farhan atau nama manjanya, A'an. Beliau luar biasa, lain dari yang lain. Sudah berusia 13 tahun, tapi masih keanak-anakan.

Kadang-kadang risau juga dengan sifat beliau yang masih belum matured. Masih lagi menonton Astro Ceria, masih lagi meniru suara kartun. Adik bongsu saya, Batrisya, kadang-kadang lebih matang dari abangnya.

Semalam masa call umi.

"A'an dah sibuk tanya bila A'a (saya) nak balik."

"Kenapa umi?"

"A'an cakap, kalau A'a balik nanti dapat makan sedap-sedap"

Saya tergelak. Umi menyambung lagi.

"Umi bagitahu A'an yang A'a balik bulan 3 nanti. Bersorak terus A'an bila dengar"

"............."

Jika di rumah, setiap kali Farhan balik dari sekolah dan dia melihat saya kat dapur, dia terus akan meluru masuk, dan akan tanya

"Masak apa hari ni?"

Bila saya cakap apa yang saya masak, A'an akan melompat-lompat kegembiraan.

T.T

Kak A'a rasa nak suruh abah start buat larangan tengok TV macam zaman kami pada tahun 90 an dulu lah. Risau. Sungguh.

Peguam Jenayah

"Akak, bila jadi lawyer nanti, akak kena bela orang salah ke?"

Serta merta tangan saya berhenti dari menyapu ais krim strawberry di atas roti gardenia. Saya memandang wajah bersih di hadapan saya. Wajah gadis dari Darul Quran itu menanti jawapan penuh setia. Saya menarik nafas, sungguh, sudah acap kali saya berhadapan dengan soalan ini. Terutamanya sejak saya mengikuti tarbiyyah. Persepsi terhadap peguam jenayah perlu saya betulkan. Inilah masanya.

Saya melipat roti dan menghulurkan kepada salah seorang adik usrah saya.

"Akak suka. Akak suka bela orang salah"

"Aik?"

Saya tahu jawapan saya agak pelik.

Saya menyambung.

"Sebagai peguam nanti, akak tak boleh judge client akak tu salah atau tidak. Bila dia datang minta dibela, ada banyak kemungkinan. Mungkin ada sebab kenapa dia buat. Atau mungkin bukan dia yang buat?"

Senyum.

Dalam Islam, kita ada satu prinsip yang mengatakan seseorang itu masih suci dari kesalahan selagi tidak disabitkan bersalah. Adik-adik tahu tak apa nama prinsip tu?

Mereka menggeleng.

"Al-aslu bara'atul zimmah. Maksudnya, everyone is innocence until proven guilty."

Angin bertiup menerbangkan tudung labuh kami. Damai sungguh berada di sekeliling adik-adik penghafal Al-Quran yang sangat suci dan bersih hatinya.

"Lagipun, setiap orang layak diberi peluang kedua kan? Akak nak bela diorang sambil pimpin tangan diorang balik ke jalan Allah. Kan awesome bila kita dapat berdakwah sambil bekerja?"

Mereka menangguk setuju. Wajah mereka semakin bersinar. Topik perbualan kami sudah menyimpang jauh. Sepatutnya hari itu adalah hari untuk kami menyingkap sirah Abu Ubaidah dan Tafsir Surah Al-'Imran.

Tapi saya teruskan dengan persoalan tadi. Saya menerangkan tentang perbezaan hukum hudud dan undang-undang yang sedia ada di Malaysia.

Mereka diam. Kadang-kadang mempamerkan riak terkejut. Terkejut akan betapa mulianya hukum hudud, tidak seperti yang digambarkan oleh media. Kasihan buat mereka yang tidak didedahkan dengan realiti Islam yang sebenar.

Saya berharap agar adik-adik hafizah yang suci hatinya ini akan menjadi seorang muslimah yang besar tanggungjawabnya. Membawa masyarakat yang semakin terpesong. Membawa mereka berpijak kepada kenyataan.

Islam itu cara hidup. Cara hidup yang amat lengkap.

Kan?

Saturday, 23 February 2013

Versus

"Cerita versus ni macam cerita awak"

Saya mengangkat muka dari buku, memandang Yana yang sedang membelek-belek novel Versus di atas meja study.

"Kenapa?"

"Sebab macam awak lah. Try awak tengok Minn dalam cerita ni. Macam awak."

Saya terdiam. Siti Nurliyana Nasuha ni la satu-satunya sahabat yang boleh recite kisah hidup saya macam doa qunut. Kami bersama sejak tahun pertama di matrikulasi. Sudah hampir 6 tahun.

"Betul tak?" Yana beralih dari buku dan kini memandang saya.

Saya hanya tersenyum.

That's the reason why Novel Versus tu saya letak di meja study since last semester. Satu-satunya novel Hlovate yang saya akan baca time saya down and sedih.

Sebab setiap ayat dalam tu memang macam kena kat diri sendiri.

"Memang semua orang pandang stylo coolio. Sungguh. Betul. But it comes with a price. Kalau nak berubah from what we were, it'll be hell to pay as a manner of speaking. Sebab segalanya dah terasa jadi darah daging, dan sebab mengubah hakikat tu bukan mudah."

Thanks Hlovate. Thanks Again.

Friday, 22 February 2013

Permulaan

"Ustazah Polkadot ni course apa?"

Erk. Saya berpaling ke belakang. Kelihatan Cikgu Nizam memandang tepat ke arah saya.

"Saya ke?"

"Aah. Awaklah, ustazah polkadot."

Saya tergelak. Ustazah? mungkin kerana tudung labuh yang saya pakai. Polkadot pula mungkin datangnya dari baju muslimah berpolka dot chocolate cream ni.

Saya tersenyum sambil memandang Cikgu Nizam.

"Saya course undang-undang, cikgu"

Kawan-kawan saya kat depan dah tergelak-gelak dengan nama baru saya.

"Oh, undang-undang. Hebat." Cikgu Nizam melangkah laju cuba untuk berjalan seiring.

Err. Boleh bagi tips kat cikgu macam mana nak score A untuk sejarah? Anak cikgu SPM tahun ni"

Innocent sungguh suara Cikgu Nizam.

"Saya pun dah lupa cikgu. Dah 10 tahun tinggal SPM"

"........"

Seriously suara masa tu memang yakin sungguh 10 tahun dah tinggal SPM. Bila fikir balik, kalau 10 tahun, it makes me 26 years old now. (SPM masa tu umur baru 16 tahun)

Oh My Maths!

And, that's the beginning of the story how Ustazah Polkadot came into picture.

Ini sebenarnya nama yang tiba-tiba dapat masa jungle trekking mukhayyam hari tu. Cikgu Nizam punya kerja. Start from that day, dorang semua panggil saya dengan nama tu.

And I like it.