"Sis nama apa?"
Bahu saya disentuh lembut, terserlah senyuman mekar berseri pada wajah bersih di hadapan saya.
Oh, partner game belalang belatuk saya tadi rupanya. Saya membalas senyuman beliau. Ketika itu saya sedang duduk di tepi pentas melepaskan penat bermain game tadi. Tak penat sangat pun, penat gelak adalah kot.
"Nama saya fiza"
Tangan dihulurkan. Mata kami bertaut.
"Nama saya nunununuhuuul"
"Nuhul?" Saya bertanya.
"Saya minta maaf, saya tak dapat bercakap dengan betul" Ujarnya tenang.
Saya kurang faham akan maksud beliau.
"Fiza buat course apa dan dari mamamannnnna?"
Allahu Akbar. Baru saya faham.
"Master of Laws, dari UIA. Nuhul pula?"
"Alamak akak la ni ya. Ehe. Nurul dari IIC, course computer science."
Oh, nama dia nurul rupanya. Malu.
"Nanti akak sambung kat mana?" Mesra dia bertanya, dalam lenggok bahasa dia sendiri.
"Mungkin Brunel University, insya Allah. Nurul kat mana, sayang?"
"Nurul mungkin di Newcaseelssttttlee"
"Oh, Newcastle.." Saya mengangguk faham. Kasihan melihat beliau sukar melafazkan satu-satu perkataan, Haih, mata saya sudah merah.
Err. Haru la Siti Nurhafiza ni. Jangan nangis depan dia dah la.
Saya menarik nafas lega apabila melihat Lisa dan Lela sudah melambai-lambai di tepi dewan.
"Nurul, kawan akak dah panggil. Keep in touch ya."
Saya memeluk beliau. Terasa begitu dekatnya beliau di hati. Perasaan sayang menerpa sanubari dalam masa hanya beberapa minit.
Keesokan harinya kami bertemu lagi. Saya mengajak beliau supper bersama saya dan teman-teman yang lain. Nasib baik ada teman-teman saya yang rancak bercerita, boleh saya sembunyikan air mata yang mula menitis.
Sungguh, melihat dia saya rasa diri saya amat kerdil.
Banyaknya nikmat Allah yang selama ini saya pandang sepi. Nikmat bercakap dengan sempurna. Saya sangkakan, ia bukanlah apa-apa sangat kerana semua orang boleh bertutur.
Tetapi, melihat adik Nurul yang susah payah menyebut satu persatu perkataan, saya terasa amat malu.
Malu dengan kurangnya alhamdulillah yang meniti di bibir. Malu dengan mereka yang kadangkala menyalahgunakan nikmat pertuturan sempurna ini. Mencela, memfitnah, mengumpat. Allahu Akbar, betapa banyaknya dosa besar yang boleh ditempah hanya dengan pertuturan yang sempurna.
Jumpa kat syurga ya adik Nurul Hanan sayang yang genius.
No comments:
Post a Comment