Thursday, 25 July 2013

Cinta High Class

"Saya mahu berhubung pada hal-hal yang penting sahaja. Masalahnya, tunang saya tidak faham." Adu rakan saya.

"Bantulah dia untuk faham. Beritahu dia apa yang awak faham tentang batasan dalam pertunangan." Kata saya.

"Susahlah". Katanya.

"Kalau susah berbincang sekarang, lepas kahwin nanti jauh lebih susah." Saya mengingatkan.

"Kalau dia mahu putus?" dia menyatakan risiko.

"Kenapa pula dia mahu putus? Hanya kerana awak tidak memberi layanan istimewa dengan ungkapan rindu sayang?" tanya saya.

"Mungkin" jawabnya.

"Dia telah serlahkan warna dirinya. Dia sepatutnya tahu dia hanya berhak kenal awak sebagai tunang. Bukan sebagai isteri." kata saya.

"Apa bezanya? dia bertanya.

"Kenal sebagai tunang paling utama tentang agama dan akhlak. Kayu ukurnya pada prinsip dan ketegasan. Seterusnya, latar belakang, visi dan misi dan masalah-masalah yang mungkin timbul untuk menuju pernikahan." Jawab saya.

Dia menyambung, "Hmm.. kenal sebagai isteri barulah saya tunjukkan segala keromantisan, sikap memahami, menyayangi dan mengambil berat."

Saya bersyukur dia mudah faham.

"Jika dia bosan dengan ketegasan dan prinsip saya?" dia bertanya.

"Jangan sedih. Mungkin dia tidak layak untuk awak. Lelaki yang mengenal mana permata dan mana kaca lebih layak untuk menyunting awak" kata saya.

"Hmm, jika begitu, kenapa saya perlu takut memperkenalkan diri dengan sebuah prinsip dan ketegasan? Allah lebih utama darinya" jawabnya.

"Sebelum berfikir untuk putus, berilah dia peluang sekali lagi. Manalah tahu dia faham," cadang saya.

"Bahkan, dia yang selalu ugut mahu putus selama ini. Saya tidak perlu takut lagi" ujarnya dengan nada yakin.


-A snippet from Cinta High Class by Ustazah Fatimah Syarha.



Ya Allah,
 kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, 
Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. 
Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, 
Ya Allah, 
sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, 
apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. 
Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, 
Ya Allah, 
jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah,
 jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, 
Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, 
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)



Syukur dikurniakan insan yang sama-sama mengejar cinta Ilahi
Andai ada kekurangan, ini adalah kelemahan diri saya sendiri.
Terima saya seadanya, kerana saya bukan bidadari
 Hanya seorang gadis biasa yang masih lagi mencari diri 

No comments:

Post a Comment