Saturday, 6 April 2013

Baitul Muslim? Jadilah Individu Muslim Dahulu!


Pantas sungguh masa berlalu. Sekarang, cukup setahun saya meninggalkan Kota Suci Mekah. Rindu sangat. Allahu. Tak terkata.

Dalam masa setahun ni, banyak sangat perkara yang terjadi. Banyak sangat. Dan, perkara-perkara ni telah mengubah hidup saya 360 darjah.

Doa kat Mekah tu mujarab kan? Saya akui. Sebab memang dah terjadi kat diri sendiri. Betapa besarnya kuasa Allah. Betapa mendengarnya Allah. Betapa baiknya Allah.

Impian saya sejak dari dulu, ingin berkahwin awal. Tak tahu kenapa. Tapi saya memang nak. Saya rasa saya dah cukup ready. Yakin sangat kan. Tapi, umi dan abah sangat berat untuk izinkan.

Jadi, semasa di Mekah dan Madinah, di semua tempat mujarab yang ada, saya tak lepaskan peluang untuk berdoa kepada Allah agar Allah lembutkan hati umi dan abah untuk mengizinkan saya berkahwin awal dengan seorang ikhwah yang telah melamar saya, dan supaya Allah tunjukkan siapa jodoh saya pada tahun 2012 tu juga. Walaupun saya sudah yakin akan dialah orangnya, tapi kadang-kadang hati saya tetap ragu. 

Bila teringat balik apa yang terjadi dalam masa setahun kepulangan saya dari bumi barakah itu, hati saya sebak. Apa amalan yang saya buat sehingga Allah bagi macam-macam nikmat kat saya macam ni. Saya rasa malu sangat dengan Allah.

Sekarang, doa saya untuk berkahwin awal telah dimakbulkan.

Bukan itu sahaja.. 


Saya tidak berkahwin dengan ikhwah tersebut. Tetapi dengan a totally different person. Yang belum pernah saya jumpa. Literally belum pernah.

Umi dan abah adalah orang yang paling excited dengan pernikahan ini. Mereka berkorban wang, tenaga dan masa. Mereka penguat semangat. Mereka yakinkan saya dengan pilihan ini di saat saya rasa ragu-ragu. Hati mereka memang betul-betul lembut dan terbuka untuk mengizinkan saya berkahwin. Malah, segala urusan pernikahan nanti, semuanya mereka yang uruskan.

Allah yang maha baik bukan hanya memakbulkan doa saya untuk berkahwin pada usia yang muda, tapi, Allah lengkapkan saya dengan persiapan yang kukuh untuk menjadi seorang isteri. Hati saya terbuka untuk menerima tarbiyyah.

Sebelum berangkat ke Mekah dulu, saya hanya seorang gadis biasa yang hanya mendefinisikan Islam dengan solat dan puasa. Bagi saya, cukuplah jaga solat 5 waktu dan puasa sebulan setahun. Cukup islam dah tu.

Tapi sekarang saya sedar, apa yang saya lakukan selama berpuluh-puluh tahun ini, tidak cukup untuk melayakkan saya sebagai individu muslim yang sebenar-benarnya.

Saya join tarbiyyah. Saya kenal erti ukhuwwah dengan sahabat-sahabat sefikrah yang akhlaknya persis bidadari, saya kenal apa itu daurah, mukhayyam, mabit, usrah, hirasah. Saya rasa bahagia. Bahagia sangat-sangat.

Allah yang maha baik bukan hanya memperkenalkan saya dengan tarbiyyah. Tapi Allah telah memilih saya untuk mengajak orang lain bersama-sama untuk masuk ke dalam tarbiyyah yang mulia ini. Ya. Saya yang jahil pada dahulunya, telah dilantik menjadi naqibah. Memikul beban dakwah yang kelihatan sangat berat tapi sangat hebat ganjarannya.

Doa saya Allah telah perkenankan. Bukan hanya perkenankan, tetapi membimbing saya untuk menyediakan diri ke arah matlamat apa yang saya mahu. Saya melatih diri menjadi individu muslim, sebelum saya bersedia melangkah ke arah gerbang baitul muslim.

Sejujurnya, terima kasih Allah. Terima kasih dari lubuk hati saya yang paling dalam.

Bila saya fikir balik bagaimana diri saya setahun yang lalu dan diri saya yang sekarang, air mata saya akan menitis melimpahkan rasa syukur. Betapa hebatnya kuasa Allah. Betapa hebatnya kuasa Pemegang hati.

Saya bersyukur kerana permohonan saya untuk berkahwin awal ditolak oleh umi dan abah pada mulanya. Saya bersyukur dengan segala ujian yang telah saya lalui. Saya bersyukur atas segala jatuh bangun yang buat saya rebah dan berdarah, tapi membawa saya ke arah tarbiyyah. Saya bersyukur dengan rancangan Allah yang Maha Cantik, yang kadang-kadang sukar untuk saya cerna dengan logik.

No comments:

Post a Comment