"Assalamualaikum. Saya Siti Nurhafiza. Alhamdulillah telah diberi amanah oleh Allah sebagai naqibah untuk bulatan gembira kita semester ni. Nak jumpa petang esok boleh? Kelas habis pukul berapa ya?"
Button "send" ditekan, serentak mesej ini dihantar kepada 6 nama yang cukup asing bagi saya.
Belum pernah bersua, tapi hati begitu rindu. Tak sabar rasanya ingin menyentuh hati-hati insan yang hanya saya kenali melalui senarai nama dari Team Pengkaderan Pembina.
Saya tersenyum sendiri. Aneh kan perasaan ni. Bila berukhuwwah kerana Allah, semuanya terasa indah.
"Akak, tolong baca doa rabithah"
Suara Khadijah memecah suasana.
Tersentak. Eh, lupa. masih lagi dalam meeting. Saya meletakkan semula handphone ke dalam bag, menanti balasan dari mereka yang bakal saya tarbiyyahkan dengan izin dari Allah.
Dalam perjalanan pulang, sahabat baik saya bersuara
"Ana takut tak dapat cope, fiza. Sem ni final sem kita"
Kawan baik saya ini juga seorang naqibah. Kami masing-masing baru sahaja diamanahkan dengan mutarabbi baru.
"Siapa yang pilih untuk pikul amanah ni?" Saya mengutarakan soalan yang saya sudah tahu jawapannya.
"Err.. Allah?"
"Ha.. tahu pun. So, bila Allah pilih, maknanya Allah tahu kudrat kita. Takkanlah Dia nak pilih orang yang tak layak?"
Shahadatul Haq ni bukan calang-calang orang boleh sampaikan. Semuanya orang yang dipilih khusus oleh Allah. Kenapa nak risau dengan semester akhir?
Ingat tak janji Allah, kalau kita tolong agama Allah, Allah pun akan tolong kita?"
Lega hati saya melihat senyuman mula terukir di wajah sahabat saya.
"Satu lagi,.." Saya menyambung.
"Apa?"
"Enti kan ada ana?"
Senyuman di wajahnya makin bersinar. Saya memegang erat tangan sahabat saya, meminjamkan kekuatan yang ada.
Bersahabat kerana Allah. Berpisah kerana Allah.
Subhanallah.
No comments:
Post a Comment