Saya terjaga dari tidur dengan alunan merdu suara seorang Qari mengalunkan zikir, dan juga bunyi cicipan burung yang berterbangan di dalam masjid.
Indah.
Saya melihat sekeliling. Ada akhawat yang masih lena, ada yang mula bangkit, malah ada yang sudah mula bersolat sunat. Semuanya sama, bertudung litup. Tidur sambil bertudung, bukanlah satu benda yang biasa dilihat. Hanya di masjid UIA. Kami harus menutup aurat walaupun ketika tidur kerana masjid ini dilengkapi dengan kamera CCTV di segenap ruang.
Tidur bersama di masjid, tinggalkan segala keselesaan tilam empuk di mahallah, dan menggigil kesejukan menahan angin pagi di masjid yang tidak berdinding di bahagian atas. Tetapi ternyata semuanya kuat, seolah-olah tiada apa yang menjadi penghalang. Suasana begini amat saya cintai. Suasana Islam, semua orang berlumba mengejar benda yang sama. Matlamat yang sama, pintu Jannah yang paling tinggi.
Selesai qiamullail, Dato' Hamidon memberikan tazkirah subuh. Subhanallah, saya amat mengagumi beliau. Beliau adalah Director Student Exchange UIA. Selalu travel ke luar negara, banyak pengalaman, dan tinggi ilmunya. Tetapi, beliau adalah orang kaya yang bertaqwa. Kadang-kadang Dato' Hamidon menjadi khatib bagi solat jumaat. Subhanallah. Semoga lebih ramai Muslim seperti beliau.
Sepanjang di masjid, saya kerap termenung sambil berfikir. Hati saya begitu tersentuh dengan satu kata-kata.
"Be in this life as if you are a traveler"
Saya memerhatikan sekeliling. Seluruh perhiasan, harta, duit, sahabat saya di kiri kanan ini, semuanya akan saya tinggalkan.
Saya memerhatikan sekeliling. Seluruh perhiasan, harta, duit, sahabat saya di kiri kanan ini, semuanya akan saya tinggalkan.
Saya akan bergerak sendiri, berseorangan. Tanpa ditemani apa-apa dan siapa-siapa pun. Saya tahu capability saya yang agak penakut ini, mampukah saya menghadapi hari-hari mendatang bersendirian?
Apatah lagi hari-hari yang bakal saya lalui nanti, saya belum tahu lagi di mana penghujungnya.
Cukupkah bekalan saya?
T.T
Sister Yasmin Mogahed yang amat saya sayangi pernah berkata, hidup di dunia ini sama seperti kita pergi bercuti. Apabila kita bercuti, kita tahu yang kita tidak akan tinggal lama di tempat percutian itu. Hotel yang kita diami, mungkin tidak memenuhi kehendak kita. Adakalanya bantalnya tidak begitu lembut, cadar berwarna kusam, tandas tidak begitu selesa.
Tetapi kita terpaksa bear. Kita tidak akan pergi ke shopping mall dan beli bantal dan cadar yang baru. Kita tidak akan renovate tandas itu supaya menjadi lebih selesa. Kan?
Kerana kita tahu, hanya beberapa hari sahaja kita tinggal di situ. Kita tahu yang satu hari, kita akan tinggalkan jua hotel tersebut.
Jadi, kita hanya bersabar dan bersyukur dengan apa yang ada.
Begitulah dunia, segala apa yang terjadi dalam hidup kita, ingatlah bahawa ianya hanya bersifat sementara. Kesedihan, kegembiraan, kehilangan, kekayaan, semuanya akan hilang. Seperti malam yang menghilang apabila tibanya matahari.
Begitu jua hati, hati yang akan hilang rasa cinta terhadap sesuatu apabila tiba waktunya. Kerana kita memang diciptakan sebegini, bersifat sementara.
Kerana itu, Nabi Muhammad s.a.w kerap membaca doa untuk menetapkan hati, di dalam surah Al-'Imran
Kerana itu, Nabi Muhammad s.a.w kerap membaca doa untuk menetapkan hati, di dalam surah Al-'Imran
Ya muqollibal qulub, thabbit qalbi 'ala dinik
"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agamaMu"
Happily ever after, literally, in Jannah. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment