Sunday, 14 April 2013

Kita Memilih Kerana Apa Sebenarnya?

Dalam menentukan satu pilihan, kita diberikan akal untuk berfikir, teman untuk bertanya, dan paling penting,

kita mempunyai Allah yang maha mengetahui untuk memberikan petunjuk.

Saya pernah menasihati seorang teman yang dilamun cinta.

"Awak dah istikharah untuk bernikah dengan dia?"

Teman saya menggeleng.

"Saya rasa tak perlu kot. Saya dah couple dengan dia sejak matrik. Saya sayang dia sangat sangat. Dah 6 tahun, takkan lah nak istikharah lagi kot?"

Saya hanya berdiam diri. Sedih sebenarnya. Sedih apabila keputusan Allah ditolak tepi. Saya menyambung.

"Awak berkahwin semata-mata sebab cinta?"

"Ya. Saya yakin dengan dia. Saya tahu perangai dia, baik buruk dia. Saya tahu saya boleh bear dengan segala kekurangan dia"

Saya menarik nafas perlahan. Berat sungguh rasa hati. Saya tahu saya tidak boleh memaksa dia untuk melakukan apa yang dia tidak mahu. Saya mengakhiri perbualan kami dengan satu prinsip yang agak tegas tapi saya suarakan dengan lembut agar dia tidak terkecil hati.

"Tujuan kita berkahwin hanyalah kerana Allah. Bagaimana awak boleh mencapai tujuan tu kalau awak tak consult Allah dulu sebelum memilih?"

Mentaliti masyarakat sekarang yang kenal dulu sebelum memilih sudah diserap penuh sehingga menjadi darah daging. Sehingga benda yang salah dipandang benar. Sehingga tujuan utama kita memilih sudah disalahertikan.

Kita memilih kerana apa sebenarnya?

Senang sahaja jawapannya, kerana Allah. Ringan di bibir, tapi berat untuk dilaksanakan. Sukar untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik kita setelah Allah mengatakan bahawa dia bukan milik kita.

Kan?

Semasa berusia belasan tahun dahulu, saya pernah bercita-cita untuk memiliki sehelai seluar jeans. Cantik sangat bila tengok kawan-kawan pakai. Kadang-kadang rasa rimas dengan peraturan ketat abah yang tidak membenarkan kami berseluar jeans, berbaju lengan pendek, bertudung singkat. Bagi saya, abah saya terlalu strict, tak memahami saya.

Abah saya pernah mengeluarkan warning yang agak keras, jika ada di antara kami yang berseluar jeans, abah akan bakar seluar tu. Bukan itu sahaja, kami juga dilarang berseluar pendek di dalam rumah. Seluar hendaklah melepasi paras lutut walaupun di kalangan mahram sendiri.(oh, masa tu kurang arif lagi tentang aurat di kalangan mahram)

Saya merungut, saya rasa ingin memberontak. Tapi saya tetap patuh. Patuh dalam terpaksa sebenarnya. Ketakutan terhadap abah saya yang garang melebihi segala kehendak saya.

10 tahun berlalu, saya kini sedar apa sebenarnya yang abah saya cuba lakukan. Abah ingin mendidik kami agar menjaga aurat. Sejak kecil kami dilatih, sehingga kami terbiasa menjaga aurat. Sehingga kami sendiri yang akan lari lintang-pukang menyarung sweater dan tudung jika ada tetamu atau ipar duai bertandang ke rumah. Automatik. Dengan sendirinya, tanpa perlu abah suruh.

Abah yang baik hati melakukan semuanya kerana abah adalah seorang abah. Yang bertanggungjawab ke atas maruah dan dosa kami. Abah mengetahui, kerana itu abah mendidik.

Sepertimana Allah, Allah sangat mengetahui. Maha mengetahui. Yang dah berlaku, yang bakal berlaku, yang tersembunyi di hati, yang zahir di mata, yang ghaib, yang hilang, yang bakal ada. Semuanya di dalam pengetahuan Allah s.w.t

Kita akan memberontak, kita akan merungut apabila disuruh beristikharah. Semuanya kerana, kita takut andai jawapan yang bakal kita temui adalah satu jawapan yang lari dari kehendak kita.

Kita sebenarnya lupa bahawa yang memberi jawapan itu adalah yang Maha Mengetahui.

Umpama abah saya, dia memberi peraturan sebegitu kerana dia tahu apa yang bakal terjadi sekiranya beliau tidak tegas dalam mendidik.

Apabila kita dipaksa melakukan benda yang kita tidak sukai, adakah kita akan gembira? Tapi, adakah kegembiraan itu segalanya?

Andai seorang pencuri gembira dengan pekerjaannya, adakah kegembiraan itu akan memberi manfaat untuknya? Seorang pelacur gembira dengan zina yang dilakukan saban hari, adakah itu baik untuknya?

Sama sekali tidak.

Sejujurnya, saya juga pernah berada di dalam situasi yang serupa. Takut untuk beristikharah. Takut untuk mengetahui kebenaran hakikat. Takut seandainya apa yang saya sukai ini sebenarnya tidak baik untuk saya. Tapi saya cuba, saya cuba bersihkan fikiran saya dengan bertanya,

Apa sebenarnya tujuan saya hidup di muka bumi ini?

Saya temui jawapan di dalam surah Al-Zariyat ayat 56.

Sinis sekali ayatnya, tapi tepat menusuk hati. Allah berfirman,

"Aku tidak menciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribadat kepadaKu"

Saya sedar tanggungjawab saya, tapi amat payah untuk saya laksanakan. Bagaimana saya ingin mencapai tahap beribadat dalam semua bentuk urusan harian saya? Sudah tentu dengan meletakkan niat melakukannya kerana Allah. Jawapannya amat senang bukan?

Tapi bagaimana kita dapat meletakkan niat kerana Allah seandainya dalam urusan sebesar-besar pernikahan ini kita ketepikan Allah? Kita takut untuk bertanya Allah?

Akhirnya saya memilih untuk melakukan solat sunat istikharah. Sebelum itu saya harus memanfaatkan akal fikiran saya yang dianugerahkan Allah. Kedua, saya melalui fasa bermusyawarah dengan sahabat-sahabat saya yang solehah, ustazah serta ahli keluarga saya. Akhirnya saya merebahkan lutut saya memohon keyakinan dan petunjuk dari Allah pemilik alam ini.

Sedikit demi sedikit jawapan yang Allah swt hadirkan, saya cantumkan ia seperti puzzle. Sehingga saya temui jawapan di dalam gambaran puzzle yang tercantum rapi. Saya akhirnya yakin dan tidak lagi berbelah bagi.

Saya akur dengan keputusan yang Allah swt ilhamkan. Saya terima, saya redha. Hari demi hari, satu persatu hikmah di sebalik pilihan saya ini terungkai. Hati saya makin tenang. Segala urusan saya menjadi mudah.

Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan saya. Saya tahu saya belum mengenali bakal suami saya sepenuhnya. Tapi saya bersedia untuk menerima apa jua kekurangan beliau, kerana saya memilihnya, bukan kerana apa yang saya mahukan darinya.

Saya memilihnya kerana apa yang saya mahukan dari Allah.

--------------------------------------------------------------------

Semalam, teman saya yang pernah saya nasihati tentang istikharah datang bertemu saya dengan juraian air mata.

"Awak., saya tak dapat teruskan dengan pernikahan kami"

"Awak? Takkan awak nak putus tunang!?"

Sungguh saya begitu terkejut. Sahabat saya ini baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya dan bakal melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini.

"Saya terpaksa. Dia mengaku depan saya yang hati dia dah tawar, dan dia sekarang bercinta dengan officemate dia"

Teman saya memegang erat dinding di sebelah. Mukanya lesu tidak bermaya. Saya pantas memeluk beliau, saya pinjamkan kekuatan yang saya ada.

Beratnya ujian dia. Air mata saya turut menitis perlahan. Tidak berani untuk saya luahkan apa-apa, cukuplah kisahnya ini menjadi pengajaran buat saya dan semua, bahawa apa jua yang kita bakal lakukan, janganlah terlalu yakin yang perkara itu bakal terjadi.

Letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah supaya kita beriman sepenuhnya kepada apa jua ketetapan yang datang. Supaya kita sedar akan segala rancangan kita yang tidak terlaksana, adalah kerana Allah tahu bukan itu yang terbaik untuk kita.

Ya Allah,

Berikanlah aku kemampuan untuk memahami kehendak-kehendakMu di sebalik semua ujian yang Engkau berikan kepadaku yang membawa aku semakin dekat kepadaMu.

Agar kelak aku berkata,

"Terima kasih Allah, Engkau mengujiku sehingga aku tahu apa yang aku fikirkan baik bagiku sebenarnya buruk dan tidak baik".




Saturday, 6 April 2013

Baitul Muslim? Jadilah Individu Muslim Dahulu!


Pantas sungguh masa berlalu. Sekarang, cukup setahun saya meninggalkan Kota Suci Mekah. Rindu sangat. Allahu. Tak terkata.

Dalam masa setahun ni, banyak sangat perkara yang terjadi. Banyak sangat. Dan, perkara-perkara ni telah mengubah hidup saya 360 darjah.

Doa kat Mekah tu mujarab kan? Saya akui. Sebab memang dah terjadi kat diri sendiri. Betapa besarnya kuasa Allah. Betapa mendengarnya Allah. Betapa baiknya Allah.

Impian saya sejak dari dulu, ingin berkahwin awal. Tak tahu kenapa. Tapi saya memang nak. Saya rasa saya dah cukup ready. Yakin sangat kan. Tapi, umi dan abah sangat berat untuk izinkan.

Jadi, semasa di Mekah dan Madinah, di semua tempat mujarab yang ada, saya tak lepaskan peluang untuk berdoa kepada Allah agar Allah lembutkan hati umi dan abah untuk mengizinkan saya berkahwin awal dengan seorang ikhwah yang telah melamar saya, dan supaya Allah tunjukkan siapa jodoh saya pada tahun 2012 tu juga. Walaupun saya sudah yakin akan dialah orangnya, tapi kadang-kadang hati saya tetap ragu. 

Bila teringat balik apa yang terjadi dalam masa setahun kepulangan saya dari bumi barakah itu, hati saya sebak. Apa amalan yang saya buat sehingga Allah bagi macam-macam nikmat kat saya macam ni. Saya rasa malu sangat dengan Allah.

Sekarang, doa saya untuk berkahwin awal telah dimakbulkan.

Bukan itu sahaja.. 


Saya tidak berkahwin dengan ikhwah tersebut. Tetapi dengan a totally different person. Yang belum pernah saya jumpa. Literally belum pernah.

Umi dan abah adalah orang yang paling excited dengan pernikahan ini. Mereka berkorban wang, tenaga dan masa. Mereka penguat semangat. Mereka yakinkan saya dengan pilihan ini di saat saya rasa ragu-ragu. Hati mereka memang betul-betul lembut dan terbuka untuk mengizinkan saya berkahwin. Malah, segala urusan pernikahan nanti, semuanya mereka yang uruskan.

Allah yang maha baik bukan hanya memakbulkan doa saya untuk berkahwin pada usia yang muda, tapi, Allah lengkapkan saya dengan persiapan yang kukuh untuk menjadi seorang isteri. Hati saya terbuka untuk menerima tarbiyyah.

Sebelum berangkat ke Mekah dulu, saya hanya seorang gadis biasa yang hanya mendefinisikan Islam dengan solat dan puasa. Bagi saya, cukuplah jaga solat 5 waktu dan puasa sebulan setahun. Cukup islam dah tu.

Tapi sekarang saya sedar, apa yang saya lakukan selama berpuluh-puluh tahun ini, tidak cukup untuk melayakkan saya sebagai individu muslim yang sebenar-benarnya.

Saya join tarbiyyah. Saya kenal erti ukhuwwah dengan sahabat-sahabat sefikrah yang akhlaknya persis bidadari, saya kenal apa itu daurah, mukhayyam, mabit, usrah, hirasah. Saya rasa bahagia. Bahagia sangat-sangat.

Allah yang maha baik bukan hanya memperkenalkan saya dengan tarbiyyah. Tapi Allah telah memilih saya untuk mengajak orang lain bersama-sama untuk masuk ke dalam tarbiyyah yang mulia ini. Ya. Saya yang jahil pada dahulunya, telah dilantik menjadi naqibah. Memikul beban dakwah yang kelihatan sangat berat tapi sangat hebat ganjarannya.

Doa saya Allah telah perkenankan. Bukan hanya perkenankan, tetapi membimbing saya untuk menyediakan diri ke arah matlamat apa yang saya mahu. Saya melatih diri menjadi individu muslim, sebelum saya bersedia melangkah ke arah gerbang baitul muslim.

Sejujurnya, terima kasih Allah. Terima kasih dari lubuk hati saya yang paling dalam.

Bila saya fikir balik bagaimana diri saya setahun yang lalu dan diri saya yang sekarang, air mata saya akan menitis melimpahkan rasa syukur. Betapa hebatnya kuasa Allah. Betapa hebatnya kuasa Pemegang hati.

Saya bersyukur kerana permohonan saya untuk berkahwin awal ditolak oleh umi dan abah pada mulanya. Saya bersyukur dengan segala ujian yang telah saya lalui. Saya bersyukur atas segala jatuh bangun yang buat saya rebah dan berdarah, tapi membawa saya ke arah tarbiyyah. Saya bersyukur dengan rancangan Allah yang Maha Cantik, yang kadang-kadang sukar untuk saya cerna dengan logik.

A story of a bride-to-be and her mother


A VERY DEEP POEM FOR ME :)

Look, the carriage has come
Let me weep till my heart is done
If I cannot weep as much as I would like
Just allow my heart to become light

I suppose I will have to leave
Leave the ties of love that seem impossible to retrieve
What shall my abode be?
When I have to leave the affection and love showered on me

Leave the doting, attention and affection
Leave my parents, sisters, brothers and their attraction
I am breaking away and leaving them all
I am taking leave from them all

I was the little chirping bird of the garden
Oh has it really passed by, I beg your pardon
I was a little doll to play with as I went
Oh how blissful was the adolescence I spent

Every one of my friends I could meet
With a heart wide open, clean, with nothing discreet
Though I shall be leaving you all
Never shall I forget you at all

In my heart here shall always dwell
Until Qiyaamah something to tell
Never shall I forget you, O mother
For the fondness you showed me with no bother

Nor the generosity and compassion
With which you raised me in your unique fashion

You let me play gleefully on swings
This I shall never forget, the treatment given to kings

Never shall I forget
All that you did for me without regret
What now is this final deed
Merely for show, that the world may heed?

To see what you have done for me
Out of your home you have cast me
A disgrace of fate
What banishment of late!

Your generosity for me seems a thing of the past
Out of your home have I been cast.


So, here's how the mother reply


Listen well, O my broken-hearted one
All that has happened is your turn has come
This period dawns on every child
This bridge has to be crossed by everyone meek and mild

This time of separation does arrive
For all people in the world alive
Such is the custom of the world in which we have mirth
Such are the practices of our earth

The one whom you call mother with such love
Was also someone’s daughter, their turtledove
She was also the beloved child of her mother
Showered with the affection of her sister and brother

Those who have raised you, with whom you have grown
Never shall you be separated from them to be on your own
Theirs you shall always be and they yours
Then what for do you grieve, always open are their doors

On a throne they always gave you a seat
Showed you happiness most complete
Despite hardship, they gave you comfort and ease
They never held anything against you, so should you, please

Never speak against them an ill word
Not even ‘Oof!’ or something unheard
The reputation of your family you now hold in your hand
Honour it, do not rub it in the sand

You are the product of my efforts and toil
You are the fruit of my love, from my very soil
You will find everything with us here
So leave with happiness, have no fear

There shall be difficulty and strain
There shall be effort and pain
There will be heartache, but every tunnel ends with light
You will also have love, happiness and delight

By no behaviour, by no manner, not at all
Should you ever allow this to topple and fall
Those who have nurtured and raised you so
Still love you and are letting you go

This enjoyment, this pleasure
This blissful life, this leisure
This carefree life without sorrow
Are all fleeting by, not there tomorrow

May Allaah grant you happiness where you are headed
Even more than you had here where your roots are embedded
May Allaah grant you everything you want and need
Love, contentment, happiness and all on which your heart can feed

Not by error or by something you earn
For the home of your parents should your heart never yearn
From every mother comes this advice so sincere
Never forget it, never disregard it my treasured dear

Always serve your husband well
Fulfil his wishes before he can tell
You will flower and bear fruit too
If you remember what I have just said to you

What my mother used to say was true
Her advice was good I always knew
In certain ways the husband is unto his wife
Like her Rabb, the Giver of her life

He will always keep her happy and content
If she devotedly remains his, doing nothing without his consent
Her world will be like Jannah so near
Her Aakhirah will be Jannah without fear
True were the words of my mother dear.


-From A Gift To Muslim Bride's book. This book is so wonderful. Love it so much. Pdf version pun sanggup baca tu. :)

Tuesday, 2 April 2013

Amanah

"Assalamualaikum. Saya Siti Nurhafiza. Alhamdulillah telah diberi amanah oleh Allah sebagai naqibah untuk bulatan gembira kita semester ni. Nak jumpa petang esok boleh? Kelas habis pukul berapa ya?"

Button "send" ditekan, serentak mesej ini dihantar kepada 6 nama yang cukup asing bagi saya.

Belum pernah bersua, tapi hati begitu rindu. Tak sabar rasanya ingin menyentuh hati-hati insan yang hanya saya kenali melalui senarai nama dari Team Pengkaderan Pembina.

Saya tersenyum sendiri. Aneh kan perasaan ni. Bila berukhuwwah kerana Allah, semuanya terasa indah.

"Akak, tolong baca doa rabithah"

Suara Khadijah memecah suasana.

Tersentak. Eh, lupa. masih lagi dalam meeting. Saya meletakkan semula handphone ke dalam bag, menanti balasan dari mereka yang bakal saya tarbiyyahkan dengan izin dari Allah.

Dalam perjalanan pulang, sahabat baik saya bersuara

"Ana takut tak dapat cope,  fiza. Sem ni final sem kita"

Kawan baik saya ini juga seorang naqibah. Kami masing-masing baru sahaja diamanahkan dengan mutarabbi  baru.

"Siapa yang pilih untuk pikul amanah ni?" Saya mengutarakan soalan yang saya sudah tahu jawapannya.

"Err.. Allah?"

"Ha.. tahu pun. So, bila Allah pilih, maknanya Allah tahu kudrat kita. Takkanlah Dia nak pilih orang yang tak layak?"

Shahadatul Haq ni bukan calang-calang orang boleh sampaikan. Semuanya orang yang dipilih khusus oleh Allah. Kenapa nak risau dengan semester akhir?

Ingat tak janji Allah, kalau kita tolong agama Allah, Allah pun akan tolong kita?"

Lega hati saya melihat senyuman mula terukir di wajah sahabat saya.

"Satu lagi,.." Saya menyambung.

"Apa?"

"Enti kan ada ana?"

Senyuman di wajahnya makin bersinar. Saya memegang erat tangan sahabat saya, meminjamkan kekuatan yang ada.

Bersahabat kerana Allah. Berpisah kerana Allah.

Subhanallah.