Kali ini, saya turut mengajak sahabat saya. Pada mulanya, beliau keberatan kerana kami harus menyiapkan assignment yang perlu dihantar keesokan hari.
Tapi lama-lama, cair juga akhirnya. Penat sungguh nak buat muka comel ala-ala gwiyomi untuk pujuk sahabat saya sorang ni.
Err.
Sesampai sahaja di sana, kami terus ke masjid untuk menunaikan solat zohor. Tanpa disedari, sebaik sahaja melangkah ke dalam masjid, terpacul satu perkataan dari bibir sahabat saya.
"Subhanallah!"
Saya tersenyum mengerti.
"Maha Suci Allah. " Saya menyambung sambil menghulurkan telekung buat beliau yang masih memandang ke sekeliling masjid.
"Ya Allah fiza.. Ya Allah.."
Saya mengerti akan apa yang beliau maksudkan.
Siapa sahaja akan terpana dengan suasana masjid Darul Quran. Jam pada waktu itu menunjukkan pukul 2 petang. Pukul 2 petang, hari minggu. Apa lagi yang perlu dibuat oleh pelajar pada masa ini selain berada di bilik masing-masing.
Tetapi tidak di Darul Quran.
Inilah masjid yang paling 'bising' yang pernah saya pergi!
Di sana sini, penuh dengan banin dan banat yang duduk berteleku menghadap Quran masing-masing. Pelbagai gaya. Ada yang menghafal sambil memandang dinding kosong, ada yang memejamkan mata sambil mulut terkumat-kamit, ada yang menghafal secara berkumpulan di dalam bulatan.
Speechless!
Seolah-olah mereka sedang berperang dengan satu tournament hafazan yang besar. Allahu Akbar. Saya menjadi saksi, betapa besarnya mereka menjunjung kemuliaan kalamMu Ya Allah.
Usai bersolat, kami berkumpul di sebuah kelas untuk memulakan sesi usrah. Kelas ini disediakan khas untuk pelajar menghafal Al Quran. Hanya seperti bilik yang kecil yang tidak mempunyai white board dan terdapat beberapa meja kecil untuk meletakkan Al Quran. Tetapi apa yang unik, kelas ini mempunyai lampu yang sangat banyak. Terdapat 5 buah lampu semuanya yang memang direka khas untuk memudahkan hafalan pelajar.
Tilawah surah Al-Haqqah bermula. Sebaik sahaja salah seorang mutarabbi dari Darul Quran ini mengalunkan bacaannya, sahabat saya terus memandang saya sambil berbisik.
"Fizaaaa.. tak nak baca! Malu dengan depa."
![]() |
| Usrah. Darul Quran. 19 May 2013. |
Amin.
