Wednesday, 11 December 2013

Hikmah

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, ehem, first post as zaujah to Encik 'Imran..

Allahu Akbar. Allah pemilik takdir. Maha Berkuasa. Subhaanallah!



Di tengah malam yang hening ni, saya berteleku sendirian. Memikirkan satu-persatu hikmah yang saya dapat atas segala yang pernah terjadi dalam hidup. Subhanallah, segala-galanya.. seperti puzzle.. cantum satu demi satu, menjadi satu bingkai yang sangat sempurna.

Pertemuan saya dan suami, sudah ditetapkan Allah. Kehidupan saya sekarang, sudah lama berada dalam pengetahuan yang Maha Mengetahui. Kerdilnya diri saya.. T.T

Kadang-kadang, saya selalu rasa sedih.. nak balik kepada kehidupan dulu. Seronok. Tapi bila saya fikir balik, Allah yang Maha Baik telah menyediakan yang terbaik untuk saya.


Bismillahirahmanirrahim.,
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Dengan hati yang ringan, sy, seorang insan yang punyai banyak kekurangan, ingin menyatakan hasrat sy untuk membina keluarga bersama2 sebagai isteri yang sah, insyaAllah bersama2 melalui susah senang kehidupan dunia mencari keredhaanNya untuk mencapai kebahagiaan haqiqi di syurgaNya kelak,.
InsyaAllah kalau siti setuju untuk menerima sy, sy berhasrat untuk bertunang dlm akhir thn ni, n bercadang untuk menikahi dan melangsungkan majlis perkahwinan di awal bulan Syawal thn 2013, dan akan membawa siti untuk tinggal bersama dengan sy di bumi uk ni, insyaAllah sampai 2016 sementara sy masih study, mungkin akan balik sekali sekala ke m'sia, dan sy sngt galakkan kalau siti nk sambung belajar di uk, bnyak pengalaman baru yg boleh dilalui dan pelajari, insyaAllah sy akan bantu siti takat mana sy mampu, tp.. kalau boleh sy nk siti sambung di kawasan berdekatan dengan sy spya senang nk jumpa,.
Hidup di uk ni x dak la seglamer yang disangka, cuaca yang tidak menentu, kadang sngt sejuk, kadang hujan basah dan sejuk, kadang panas terik, kos hidup yang tinggi, harga rumah yang mahal, hidup berpindah2 dr masa kesemasa, masa berubah2, kadang mlm sngt panjang, kdg mlm sngt pendek, kadang2 diskriminasi dari org2 local, walaupn hidup slama ni x mewah tp alhamdulillah sy bersyukur sbb Allah beri peluang untuk lalui susah senang pahit manis hidup di bumi asing ini, bnyak mengajar ttg manusia, kehidupan, kesusahan, kepayahan dan ketidak pastian menjadikan kebergantungan pada Ilahi lebih kuat,. mendekatkan diri kepada kenyataan hidup dan kepada Dia yang memiliki diri ini.,
minta maaf panjang lebar plak cerita nya, insyaAllah ada kesempatan sy cerita dengan detail lg,
jadi,. Siti bincang la elok2 dengan ibu bapa dan keluarga siti, ambil la masa selama mana yang siti perlukan, teruskan buat solat istikharah, dan tawakalah kepada Allah, insyaAllah sy terima apa pun keputusan siti dan keluarga,

siapa sangka, pinangan mengejut dari seorang lelaki yang belum pernah saya jumpa, belum pernah saya dengar suaranya, belum terlintas di bayangan mata, telah merubah hidup saya 100%.

saat saya memutuskan untuk menerima lelaki ini, seolah-olah beribu ketenangan datang dalam jiwa. macam air hujan menyiram bumi.. hati saya rasa tenang, yakin..

tapi..

ujian yang datang juga bertimpa-timpa. saya meninggalkan seorang lelaki yang baik dan hebat, tapi belum sedia lagi untuk mengambil saya sebagai isteri, dan memilih suami saya.. yang lebih baik dan hebat..

ujian yang saya maksudkan datang ketika saya memilih untuk meninggalkan lelaki itu. sahabat saya sendiri tidak menyokong saya, dan ada beberapa saudara terdekat yang turut berpendirian sama.

"kenapa tinggalkan dia? tak takut ke nak kahwin dengan orang yang tak kenal?"

"awak, lelaki yang awak tinggalkan tu sangat baik.. mana tahu nanti suami awak tak dapat jadi sebaik dia?"

dan ajaibnya hati.. apabila diberi keyakinan seperti ini oleh Allah, segala mehnah dan ujian, hanya seperti angin lalu sahaja. saya memilih lelaki ini kerana Allah, saya meninggalkan lelaki itu juga kerana Allah.

Suami saya, menawarkan satu hubungan yang halal buat saya, meminta izin wali saya, menjaga batas hubungan kami..

Lelaki itu, menawarkan cinta kepada saya.. takut untuk memberi komitmen, takut untuk menghantar keluarganya ke rumah.. sedangkan itu yang saya minta berkali-kali..

Saya memilih dia yang mengutamakan Tuhannya dalam memikat saya. Suami saya :)

Perkenalan kami sungguh unik sebenarnya. Hanya selepas 5 hari berbalas mesej di facebook, terus terpacul umi dan abah beliau di rumah. Hampir pengsan saya dengan tindakan berani mati beliau, amat yakin saya ni orang yang baik-baik. Buatnya saya ni minah rempit rambut pink pakai seluar koyak-koyak. Tak ke naya? Heh.

Satu keputusan yang sukar?

Memilih beliau, terus-terang saya katakan, bukanlah satu keputusan yang sukar. Dia memiliki semua ciri-ciri idaman saya. Beragama, genius, berpelajaran, kacak, keluarga baik-baik, dan yang paling penting, cara dia menawarkan cintanya. Tiada cinta yang ditawarkan. Tiada janji manis yang ditabur. Dia merebut hati saya melalui cara dia menghantar umi dan abahnya ke rumah untuk berkenalan terus dengan saya. Masya Allah, saya ingatkan lelaki seperti ini hanya wujud dalam novel Fatimah Syarha. ^^,

Sekarang..

Alhamdulillah, saya bahagia. Bersyukur. Bila scroll balik conversation kami di facebook, baru saya teringat, rupanya dari perkenalan kami, saya tahu tentang biasiswa mara untuk sambung master. Heh. Sebelum ni saya hanya menanti biasiswa jpa sahaja, yang seperti pungguk rindukan bulan.. tidakkan mampu untuk dicapai..

See, the wisdom behind it?

Allah buka peluang untuk saya belajar oversea melalui perkenalan kami. Dan sebenarnya, peluang untuk rakan-rakan saya juga. Kerana peluang biasiswa mara ni tak ramai yang tahu. Saya menyebarkannya kepada rakan-rakan sekuliyyah saya, dan ada beberapa orang yang berjaya mendapatkannya. Alhamdulillah.

Allah, Engkau Pemilik Takdir. Engkau Penguasa Qada' dan Qadar. Selama-lamanya, perancangan Engkaulah yang terbaik.

Suamiku..

Siti sayang abang.. Sayang kerana Allah..